Malaysia Liga Super Malaysia

Shahrel Fikri terima tawaran dari Liga Thai, PKNP sedia bagi ‘lampu hijau’?

Lebih kurang sejam yang lalu, Shahrel Fikri dikatakan telah menerima tawaran daripada Nakhon Ratchasima FC yang bermain dalam Liga Thai 1. Perkara tersebut diberitahu oleh Hanizam Uzir melalui akaun twitternya lebih kurang pukul 6 petang tadi.

Berdasarkan tweet tersebut, dikatakan tawaran tersebut berbentuk pinjaman. Tiada sebarang maklumat tambahan yang dinyatakan. Sehubungan itu, Shahrel dikatakan akan berlepas ke Thailand esok malam jika PKNP FC mengeluarkan surat pelepasan esok pagi.

Musim 2017 menyaksikan penyerang muda tersebut telah menjaringkan 20 gol bersama PKNP FC di dalam semua pertandingan. Beliau juga pernah memenangi anugerah pemain terbaik bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Premier sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Februari 2017 dan April 2017.

Penyerang ini juga merupakan pemenang anugerah Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK 2017).