Liga Super Malaysia

Rafael Marquez dalam senarai hitam Amerika Syarikat akibat isu kartel dadah

Bagi Rafael Marquez, Piala Dunia 2018 adalah detik yang sangat berharga. Pemain pertahanan Mexico yang telah berusia 39 tahun ini secara rasminya menjadi pemain yang beraksi dalam lima pentas Piala Dunia. Piala Dunia kelimanya bermula dengan manis apabila El Tricolor  menundukkan juara bertahan, Jerman, dimana Marquez masuk sebagai pemain gentian pada minit ke-74.

Sayangnya, Marquez tidak mampu menikmati sepenuhnya detik bersejarah itu. Dia terlibat dengan satu masalah yang besar di luar padang bola sepak. Pemain yang mewakili Mexico sejak Piala Dunia 2002 ini telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat kerana disyaki membantu kartel dadah dalam melakukan penyeludupan wang.

Menurut New York Times, Marquez dikhabarkan memiliki hubungan dengan ketua dadah ternama, Raul Flores Hernandez. Perniagaan yang dimiliki Marquez dilaporkan digunakan Hernandez untuk menyeludup wang haramnya. Malah, sejak Ogos tahun lalu, pemain tengah bertahan ini telah masuk ke dalam senarai hitam itu.

Marquez memang tidak boleh didakwa tetapi semua asetnya yang berada di Amerika Syarikat atau tempat yang memiliki hubungan negara itu telah dibekukan. Walaupun pemain itu menafikan dirinya terikat dengan ketua dadah, dia juga telah melantik pengamal undang-undang untuk mempertahankan haknya tetapi tetap tidak terlepas daripada senarai hitam itu.

Kesannya buat Marquez di Piala Dunia ini turut dirasai. Dia tidak boleh meminum minuman yang diminum rakan-rakannya, Powerade, kerana minuman tersebut dimiliki oleh perusahaan Coca Cola yang terletak di Amerika Syarikat. Dia juga tidak boleh tampil untuk penaja dan tidak mungkin diberi gelaran Pemain Terbaik Perlawanan ketika anugerah itu ditaja oleh Budweiser, salah satu produk minuman alcohol dari Amerika.

Proses pembayaran hak Marquez juga begitu rumit kerana FIFA perlu memberikan jumlah wang tajaan dan televisyen kepada pasukan kebangsaan Mexico yang bernilai sekita USD1.5 juta melalui bank yang tidak memiliki hubungan dengan Amerika Syarikat. Penaja-penaja yang terlibat dengan negara yang dipimpin oleh Donald Trump itu juga dapat menghindari Marquez secara langsung.

Bagaimanapun, tidak Marquez, Mexico, atau FIFA telah bekerjasama dengan baik dalam memastikan kapten itu berpeluang untuk beraksi di Piala Dunia 2018.

“FIFA menyedari situasi yang berlaku terhadap Rafael Marquez dan kami berbincang dengan Persatuan Bolasepak Mexico mengenai perkara ini,” memetic kenyataan FIFA.

“Kami meneliti senarai yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan telah mengatur sedemikan agar ia tidak melanggar hukuman yang telah mereka tetapkan,” kata wakil Persatuan Bolasepak Mexico.

Marquez dan rakan sepasukannya telah membuktikan kewujudan masalah ini tidak mengganggu mereka dengan kemenangan ke atas Jerman. Sudah pasti menarik untuk mengetahui tentang laluan Marquez dan El Tri di Russia pada kali ini.