Rusia menjadi pasukan pertama yang berjaya menempah tempat ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan pasukan Mesir 3-1 dalam perlawanan Kumpulan A yang berlangsung di Saint Petersburg, awal pagi tadi.
Ahmed Fathi tertampan bola ke gawang sendiri beliau sebelum Denis Cheryshev dan Artem Dzyuba menambah gol kedua dan ketiga pasukan Rusia.
Gol saguhati pasukan Mesir dijaringkan oleh Mohamed Salah melalui sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan dalam kotak penalti pada lewat perlawanan.
Berikut merupakan hasil pemerhatian kami sepanjang perlawanan tersebut berlangsung: