Untuk memenangi perlawanan bolasepak, setiap pasukan perlu menjaringkan gol. Tiada gunanya pasukan itu bermain tanpa niat untuk menjaringkan gol. Untuk itu, mereka memerlukan seorang penyerang yang berbisa.
Di Piala Dunia, antara gelaran yang menjadi perhatian adalah Anugerah Kasut Emas untuk penjaring terbanyak. Setakat ini, rekod penjaring terbanyak keseluruhan Piala Dunia menjadi milik Miroslav Klose dengan 16 gol.
Empat tahun lalu, James Rodriguez merangkul anugerah kasut emas dengan enam gol. Siapakah di antara mereka ini akan memenangi anugerah kasut emas bagi Piala Dunia kali ini?