Walaupun bolasepak antarabangsa tidak berfungsi seperti bolasepak di peringkat kelab, nilai pasaran masih relevan dalam menganalisa kebolehan sesebuah pasukan.
Piala Dunia 2018 akan menampilkan 32 negara terbaik di seluruh dunia, namun keupayaan yang dimiliki oleh setiap pasukan cukup berbeza. Perbezaan ini mengambil kira beberapa faktor, termasuk kebolehan barisan pemain yang dimiliki.
Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Gazetta di Itali, berikut adalah senarai 15 skuad kebangsaan dengan nilai pasaran tertinggi di dunia. Seperti yang anda boleh lihat, pasukan-pasukan seperti Perancis dan Sepanyol – dua pasukan yang dibarisi ramai pemain bintang – mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi.