Penyokong Liverpool dan Real Madrid, anda sudah bersedia?!
Malam ini, kedua-dua pasukan akan turun beraksi di pentas final Liga Juara-Juara Eropah dengan dua misi berbeza. Real Madrid akan memasuki final ini dengan harapan menjadi pasukan pertama untuk menjulang piala tersebut buat kali ketiga dalam tiga tahun, dan kali keempat dalam lima tahun. Skuad Los Blancos jelas menjadi pasukan pilihan ramai untuk final ini.
Namun, anak buah Jurgen Klopp akan memasang niat untuk meraih kejuaraan ini buat kali pertama sejak 2005, di mana mereka mencipta ‘comeback’ yang cukup menakjubkan untuk menewaskan AC Milan melalui sepakan penalti, selepas seri 3-3 sama.
Biarpun Liverpool akan memasuki perlawanan ini sebagai pasukan ‘underdog’, berikut adalah lima sebab mengapa The Reds mampu mencipta kejayaan di Kiev malam ini: