Berita Luar Negara

Iniesta sah sertai Vissel Kobe, bakal beraksi dengan bintang Thailand Theerathon Bunmathan

Bekas bintang Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol, Andres Iniesta telah secara sah menyertai kelab J.League, Vissel Kobe.

Iniesta, yang baru-baru ini membuat keputusan untuk meninggalkan Barcelona selepas 22 tahun, berkata bahawa dia tidak sabar untuk menyarung jersi Vissel Kobe, dan mahu membantu mengembangkan reputasi J.League di persada antarabangsa.

“Ini merupakan hari yang cukup penting bagi saya dan keluarga saya, dan mereka cukup gembira untuk mengikuti saya ke negara yang cukup cantik ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Vissel Kobe kerana menawarkan peluang ini. Saya ingin membantu J.League menjadi antara pentas bolasepak terbesar di Asia dan juga di seluruh dunia.

“Buat masa sekarang, saya ingin mengenali rakan sepasukan dan mula membina kesefahaman secepat mungkin. Selain itu, keluarga saya juga tidak sabar untuk membiasakan diri dengan budaya dan dan corak kehidupun di Jepun,” kata Iniesta.

Selain Iniesta, Vissel Koba turut dibarisi oleh bekas pemain Arsenal, Lukas Podolski, dan juga bintang bolasepak Thailand, Theerathon Bunmathan. Pemain yang dimiliki oleh Muangthong United itu mula beraksi untuk Vissel Kobe secara pinjaman dari bulan Februari lepas.