Dua jaringan daripada Gonzalo Cabrera memastikan pasukan Johor mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan Unifi Liga Super Malaysia menentang pasukan Negeri Sembilan pada malam tadi, seterusnya mengekalkan penguasaan mereka di puncak liga.
Pasukan Johor membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila Cabrera menyudahkan hantaran daripada Nazmi Faiz yang melakukan larian daripada bahagian kiri padang sebelum beliau menambah gol kedua pada minit ke-76 apabila menyudahkan satu hantaran yang membelah pertahanan pasukan Negeri Sembilan daripada Harry Novillo.
Berikut merupakan pemerhatian kami sepanjang perlawanan tadi berlangsung: