Pertembungan Liga Super di antara PKNP FC dan Selangor FA yang dijadualkan berlangsung di Stadium Batu Kawan malam ini telah ditangguhkan secara rasmi.
Keputusan tersebut dibuat oleh komisioner perlawanan, ekoran masalah lampu-limpah di Stadium Batu Kawan, yang gagal diselesaikan dengan segera.
Sepak mula perlawanan tersebut pada mulanya dilewatkan, sementera pihak pengurusan stadium mencari jalan untuk memperbaiki situasi lampu limpah.
Namun, selepas 15 minit, komisioner perlawanan membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan tersebut.
Ini bukan perkara yang baru buat kedua-dua pasukan, kerana perlawanan Selangor vs PKNP yang berlangsung di Stadium KLFA, turut menyaksikan masalah lampu limpah di Cheras.
Namun, situasi tersebut berjaya dikawal dan dipulih dengan segera, sekaligus memberi peluang kepada perlawanan tersebut untuk diteruskan.
Insiden malam ini bermakna Malaysia Football League (MFL) akan terpaksa mencari tarikh baru untuk pertembungan ini – suatu proses yang dijangka agak rumit kerana jadual Liga Super untuk minggu-minggu yang akan datang cukup padat.