Luar Negara Eropah

Apa yang berlaku dalam dunia bola sepak sejak kali terakhir Inter Milan layak ke UCL?

Dalam aksi terakhir Serie A, Inter Milan mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan selepas menewaskan Lazio 3-2 dalam aksi yang penuh dramatik. Hasil daripada keputusan itu membolehkan mereka menamatkan kemarau aksi di Liga Juara-Juara selama enamt tahun.

Dalam tempoh enam tahun itu, banyak perkara yang berlaku dalam dunia bola sepak tidak kira sama ada gembira atau sedih:

Duo Decima Real Madrid

Sejak kali terakhir Inter ke Liga Juara-Juara, Real Madrid telah menjulang trofi itu sebanyak tiga kali. Kejayaan itu menjadikan jumlah keseluruhan trofi yang mereka raih kepada 12 (Duo Decima). Madrid berpeluang menambah jumlah itu sekiranya mampu menundukkan Liverpool pada hujung minggu nanti.

Perjalanan luar biasa Andrew Robertson

Pada tahun 2012, bek kiri Liverpool, Andrew Robertson, mencuri perhatian apabila sangat memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan wang. Enam tahun kemudian, dia menjadi bek kiri terbaik di Liga Perdana Inggeris dan membawa pasukanya ke final Liga Juara-Juara.

Dominasi Juventus di Serie A

Kali terakhir Inter melangkah ke Liga Juara-Juara adalah pada musim 2011/12. Ketika itu, Juventus mula mendominasi saingan Serie A. Selepas menjuarai liga pada musim tersebut, mereka tidak pernah gagal dan menjulang trofi liga Itali buat kali ketujuh berturut-turut pada musim ini.

Persaraan dua pengurus legenda Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris akhirnya ditinggalkan oleh dua orang pengurus legenda yang juga merupakan seteru utama. Arsene Wenger yang meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini mengikut jejak langkah Sir Alex Ferguson yang melakukannya di Manchester United pada tahun 2013. Dua pengurus ini mencatatkan sejarah buat pasukannya selama lebih 20 tahun.

Revolusi TMJ bersama Johor DT

Dalam enam tahun selepas Inter kali terakhir beraksi di pentas UCL pada tahun 2012, Tunku Ismail mengambil alih pucuk kepimpinan Johor Darul Ta'zim di Malaysia dan berjaya menjadikan kelab tersebut antara kuasa bolasepak terbesar di Asia Tenggara. Selain meraih empat gelaran Liga Super Malaysia berturut-turut, JDT turut berjaya memenangi Piala AFC pada 2015 - pencapaian terbaik kelab ini dibawah kepimpinan Tunku Ismail.

Leicester City juara Liga Perdana Inggeris

Slaah satu kejutan terbesar dalam dunia bola sepak. Pada musim 2015/16, Riyad Mahrez dan Jamie Vardy serta rakan sepasukan yang dikendalikan Claudio Ranieri telah bergelar juara liga secara luar biasa. Kejayaan mereka ini sangat mengagumkan jika melihat kepada kelab yang pernah bergelut dengan zon penyingkiran pada musim sebelumnya.

Kebangkitan Parma

Parma dilaporkan bankrap pada 2015 dan terpaksa memulakan segalanya semula dari Serie D pada tahun yang sama. Secara hebat, mereka berjaya naik ke satu tangga ke satu tangga liga sehingga akhirnya kembali ke Serie A pada musim depan. Kebangkitan Parma sudah pasti menjadi salah satu kisah yang paling menyentuh hati di dunia bola sepak ketika ini.