Kami kembali dengan sebelas pemain terbaik Asia Tenggara pada minggu ini (8-14 Mei). Dihasilkan melalui kerjasama dengan rakan-rakan dari Asia Tenggara, 11 pemain ini dibarisi oleh tiga wakil dari Liga Super Malaysia. Siapakah mereka? Lihat di bawah.
Penjaga gol – Khairul Fahmi
Salah seorang penjaga gol terbaik Malaysia yang tampil pertama kali buat kelabnya, Melaka United. Dia mampu mempamerkan aksi menyelamat yang banyak untuk mengelakkan gawang dikawal mudah dibolosi oleh Perak FA yang berada pada prestasi terbaik baru-baru ini.
Pertahanan: Mai Tien Thanh
Pemain FLC Than Hoa ini beraksi hebat ketika menghadirkan kemenangan 2-0 buat pasukannya ke atas Binh Phucc di Piala Nasional. Bukan hanya seorang bek kental, dia juga rajin menyerang dan telah mengutip satu gol.
Pertahanan – Fabiano Beltrame
Fabiano tampil dengan aksi luar biasa bersama Madura United. Ketika berdepan Persija Jakarta di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), pemain dari Brazil ini telah menyumbat satu gol serta mengawasi gawang pasukannya daripada dibolosi.
Pertahanan – Alfred Osei
Pemain yang beraksi di Kaya Iloilo di Filipina ini mempamerkan aksi cemerlang ketika membawa pasukannya menundukkan salah satu pasukan gergasi di sana, Ceres Negros, dengan keputusan 2-0. Osei telah mencatat satu gol dan membuatkan penyerang-penyerang Ceres kecewa.
Sayap kiri – Hafiz Ramdan
PKNP melakukan kejutan apabila menundukkan Kelantan pada minggu lalu dan salah seorang watak utama dalah Hafiz Ramdan. Pemain sayap kiri ini mampu menjaringkan gol serta meneruskan persembahan memukau bersama PKNP.
Tengah – Charyl Chappuis
Bekas pemain skuad kebangsaan B-17 ini menghasilkan dua gol buat SCG Muangthong United untuk memberikan pasukannya kemenangan. Jaringan itu juga hadir selepas dua tahun kelibatnya di atas padang tanpa sebarang gol.
Tengah – Liridon Krasniqi
Liridon memainkan peranan tersendiri ketika membawa Kedah FA meraih kemenangan penting 2-1 ke atas Negeri Sembilan. Dia turut menghasilkan satu gol buat pasukannya dan mampu mengawal tempo dan serangan pasukannya dengan baik.
Sayap kanan – Ramdani Lestaluhu
Persija Jakarta sememangnya tewas sewaktu berdepan Home United dalam aksi pertama separuh Piala AFC pada minggu lepas. Namun, persembahan Ramdani ketika berdepan wakil Singapura itu sangat memukau dan jaringan yang dihasilkan oleh digunakan menerusi jaringan gol tempat lawan.
Penyerang – Fernando Rodriguez
Fernando Rodriguez kembali menunjukkan ketajamannya buat Mitra Kukar. Ketika berdepan Bali United pada hujung minggu lalu, dia mencipta dua jaringan, sekaligus menjadikannya selaku penjaring terbanyak Go-Jek Liga 1 2018 dengan sembilan gol.
Penyerang – Edgar Silva
Edgar Silva beraksi hebat pada minggu lalu. Selepas menjaringkan dua gol ketika bertemu Jeonbuk Hyundai Motors di Liga Juara-Juara Asia., dia kembali dengan dua lagi gol sewaktu aksi menentang Police Tero di Liga Thailand.
Penyerang – Ho Tuan Tai
Penyerang berusia 23 tahun ini menjaringkan dua gol sewaktu memberikan kemeanngan 2-1 Song Lam Nghe An ke atas SHB Da Nang. Persembahan memukaunya hampir mengesahkan tiket separuh akhir Piala Nasional buat pasukannya.