AFC Cup

Home United resah berdepan Jakmania di Gelora Bung Karno

Biarpun mendahului 3-2 daripada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC Zon Asean, ketua jurulatih Home United, Aidil Shahri sedar mereka tidak boleh selesa dan tahu apa yang akan menanti mereka dalam aksi kedua nanti.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium Utama Gelora Bung Karnon (SUGBK) pada hari Selasa (15 Mei) nanti. Misinya mudah, kekalkan keputusan yang ada atau tambah gol untuk elak kebangkitan Persija.

Nampak seperti mudah, tetapi Aidil tahu betapa sukarnya beraksi menentang Persija di gelanggang keramat mereka.

Setakat ini, antara mangsa-mangsa Persija di Gelora Bung Karno adalah seperti juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’azim, kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dan juga satu lagi kelab dari Singapura, Tampines Rovers.

“Semoga kami boleh menang kerana memang tidak mudah beraksi di Jakarta.

“Ditambah lagi, Persija mempunyai barisan penyokong yang sangat fanatic. Semoga pemain kami dapat menikmati atmosfera tersebut.

“Kami selalu ada perancangan, kami juga akan melihat kekuatan dan kelemahan Persija di setiap perlawanan,” kata Aidil seperti dilaporkan Bolasport.com.