![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2018/04/buriram.png)
Kita semua tentunya bersetuju bahawa Thailand merupakan salah satu seteru utama dalam bola sepak Asia Tenggara. Negara Gajah Putih itu sering menjadi penghalang terbesar Indonesia untuk merebut gelaran juara.walaupun kita telah beraksi baik di sepanjang pertandingan seperti Piala AFF, Thailand tetap pasukan yang sukar ditundukkan.
Pada satu sisi, kita tidak dapat menafikan bahawa perkembangan bola sepak Thailand adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Bukan sekadar pasukan kebangsaan, malah kelab-kelab dari Thailand juga memiliki kualiti yang bagus. Melihat mereka mencapai prestasi terbaik dan berkembang, rasa kagum secara perlahan menghilangkan rasa benci yang wujud kerana perseteruan yang ada. Selain itu, sebagai penghuni Asia Tenggara, kita tentu berbangga dengan prestasi Thailand dan kelab dari negara mereka di peringkat Asia.
Salah satu prestasi baik yang baru dicatatkan oleh bola sepak Thailand adalah kejayaan melayakkan diri daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2018 oleh Buriram United. Ya, ia bukan pertama kali mereka melakukannya. Selain itu, Buriram telah menjadi pasukan terkuat di Thailand dalam beberapa tahun terakhir. Namun, aksi di Liga Juara-Juara pada musim ini sangat istimewa.
Di pentas Liga Juara-Juara musim ini, Buriram diletakkan di dalam Kumpulan G, kumpulan yang dikatakan kumpulan maut kerana turut terdiri daripada kelab-kelab gergasi Asia Timur (Jepun, China dan Korea Selatan). Lawan yang mereka temui adalah pasukan mewah dari Liga Super China, Guangzhou Evergrande, juara Piala Liga Jepun musim lalu, Cerezo Osaka, dan Jeju United, skuad yang menduduki tangga kedua Liga Korea 1 tahun lepas.
Apa yang hebat, The Thunder Castles, nama jolokan untuk Buriram, tidak gentar untuk berdepan dengan lawan-lawan besar itu. Dalam aksi penentuan yang berlangsung pada 17 April lalu, Suchao Nutnum dan rakan sepasukan berjaya menewaskan Jej, sekaligus menempah tiket ke peringkat seterusnya mengiringi Guangzhou. Daripada enam perlawanan yang mereka lalui, Buriram hanya menanggung satu kekalahan, iaitu dalam aksi kedua menentang Jeju.
Menurut rakan kami dari Football Tribe Thailand, Jedsada Chanaphinijwong, kejayaan Buriram di Liga Juara-Juara memang berhak kerana mereka sudah berada di tahap pasukan Asia. Jedsada juga menjelaskan bahawa tahap Liga Thailand memang rendah berbanding liga yang dilalui oleh lawan-lawan Buriram di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, skuad kendalian Bozidar Bandovic itu mampu mempamerkan kualiti mereka sepenuhnya. Menurut Jedsada, tidak tewas di tangan Guangzhou menjadi kunci utama buat Buriram untuk layak ke fasa seterusnya. Moral pasukan meningkat apabila dapat mengekang Guangzhou, sehingga akhirnya mencatat kemenangan dalam aksi terakhir bertemu Jeju.
Justeru, bagaimana Buriram mampu memiliki pasukan yang dapat bersaing di peringkat Asia? Jedsada mendedahkan satu rahsia mengenai kelab yang dibangunkan pada 1970 dengan nama Provincial Electricity Authority itu untuk berjaya. Rahsia itu adalah Buriram tidak hanya fokus kepada pemain utama dalam pasukan, seperti Guangzhou yang mengungguli carta Kumpulan G dan menitik beratkan perkembangan akademi pasukannya.
Fokus Buriram dalam mengembangkan akademi telah berlangsung begitu lama dan kini mereka diakui sebagai yang terbaik di Thailand. Selain itu, mereka juga memberi kepercayaan kepada pemain-pemain daripada akademi untuk tampil beraksi di liga domestik dan Liga Juara-Juara seperti Anon Amornlendsak, Supachok Sarachart dan Rattanakorn Maikami. Pemain-pemain ini juga tidak mendukung peranan kecil dalam kejayaan Buriram, baik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Selain itu, Buriram juga disokong oleh status kewangan yang bagus. Berdasarkan apa yang dijelaskan Jedsada, situasi ini berlaku bukan kerana mereka dimiliki individu kaya tetapi kemampuan mereka dalam istilah pemasaran dan mendapatkan tajaab besar. Kebolehan itu juga membuatkan mereka dapat menerima khidmat pemain-pemain asing berkualiti untuk membantu Jakkaphan Kaewprom dan rakan-rakannya, seperti Edgar Silva, Diogo, Andres Tunez dan Yoo Jun-Soo.
Bagaimanapun, Jedsada enggan untuk terlalu berharap di fasa kalah mati selepas ini kerana pasukan yang kuat, Jeonbuk Hyundai Motors menunggu mereka. Peluang Buriram tentunya terbuka, sekiranya mereka dapat fokus kepada satu pertemuan dan tidak berfikiran terlalu jauh. Sistem penggiliran pemain juga penting untuk Bandovic agar pemain-pemain Buriram mampu berada dalam keadaan 100 peratus ketika aksi Liga Juara-Juara.
Apa yang pasti, kejayaan Buriram melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, pentas terbaik di peringkat Asia, harus dihargai. Sebagai penduduk Asia Tenggara, kita semestinya harus berharap agar Buriram mampu meneruskan kejayaan mereka. Dalam masa sama, sudah pasti kita juga mengharapkan wakil Malaysia untuk bersaing di peringkat Asia seperti Johor DT di Piala AFC, agar mereka turut mencetuskan kebanggan buat masyarakat di Asia Tenggara.
Syabas, Buriram!