Hubungan ayah dan anak dalam dunia bola sepak sering didengari walaupun masing-masing berlainan nasib. Kadangkala, karier anak lebih baik berbanding bapanya, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun, terdapat beberapa hubungan bapa dan anak yang mungkin anda tidak ketahui.
Souleymane Sane – Leroy Sane
Penampilan cemerlang Leroy Sane bersama Manchester City pada musim ini telah menarik perhatian banyak pihak. Salah satu kelebihan Sane adalah kepantasan larian yang luar biasa. Bahkan, dia telah memecahkan rekod larian terpantas di Liga Perdana Inggeris pada Oktober 2017. Kemungkinan dia mengikuti keistimewaan yang diturunkan daripada bapanya, Souleymane Sane, bekas penyerang Senegal ketika era 90-an. Ketika di puncak kariernya, Souleymane juga dikenali dengan kepantasan larian, apabila mencatat 10.7 saat dalam 100 meter!
Valentino Mazzola – Sandro Mazzola
Dalam era berpuluh tahun lalu, Itali juga sempat mempunyai salah seorang perancang terbaik dunia, iaitu Valentino Mazzola. Mazzola adalah kapten skuad legenda II Grande Torino. Sayangnya, tragedy Superga meragut nyawanya ketika baru memasuki usia 30 tahun. Bagaimanapun, anaknya Sandro, berjaya meneruskan nama besar itu. Bermain di posisi sama dengan ayahnya, kini dia juga dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik Itali sepanjang masa.
Mazinho – Thiago
Mazinho Alcantara adalah pemain kebangsaan Brazil ketika era 90-an. Dia sempat beraksi di Itali bersama Fiorentina, namun menikmati kariernya di Sepanyol bersama Celta Vigo. Di sana, dia membina keluarga dan memiliki dua orang anak yang kini merupakan pemain bola sepak profesional, iaitu Thiago dan Rafinha Alcantara. Bagaimanapun, ramai yang tidak menyangka fakta ini kerana Thiago bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.
Manuel Sanchis – Manolo Sanchis
Tidak banyak bapa dan anak yang menjadi legenda di sebuah kelab yang sama, namun perkara itu dilakukan oleh Manuel dan Manolo Sanchis di Real Madrid. Manuel merupakan pertahanan Madrid dari 1965-1971 manakala Manolo menyarung jersi skuad Los Blancos pada era 80-an.
Perico Alonso – Xabi Alonso
Perico Alonso merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Sepanyol pada awal 80-an. Sewaktu bergelar pemain, dia menjadi tonggak utama Real Sociedad, pasukan dimana anaknya, Xabi Alonso, memulakan karier. Bagaimanapun, boleh dikatakan Xabi lebih hebat berbanding bapanya.
Chicaro – Chicarito
Javier Hernandez Gutierrez atau lebih dikenali sebagai Chicaro (biji kacang), adalah pemain bola sepak sensasi Mexico pada tahun 1983-1994. Beraksi di posisi tengah, Chicaro menjadi legenda di kelab tempatan, Tecos. Anaknya, Javier Hernandez Balcazar atau Chicarito menjadi lebih popular berbanding ayahnya apabila pernah beraksi bersama pasukan besar Eropah.
Mark Chamberlain – Alex Oxlade-Chamberlain
Mark Chamberlain adalah bek sayap kanan England pada tahun 1982-1984. Mark muncul sebagai legenda Portsmouth dengan 167 penampilan dan 20 gol. Kini, nama Chamberlain diteruskan oleh anaknya, Alex Oxlade-Chamberlain, yang kini beraksi bersama Liverpool.
Alex Ferguson – Darren Ferguson
Kisah bapa dan anak yang terakhir ini beralih kepada pengurus dan pemain bola sepak. Sudah tentu ramai yang mengenali Sir Alex Ferguson, legenda Manchester United. Anaknya, Darren, juga melalui tempoh sebagai pengurus yang hebat bersama pasukan bawahan di Liga Inggeris.