Luar Negara

Live Streaming: Jom saksikan perlawanan Bangkok Glass (pasukan Kiko Insa) menentang Port FC

Bangkok Glass akan menerima kunjungan pendahulu Thai Premier League, Port FC petang ini dan bintang kacukan Malaysia-Sepanyol, Kiko Insa dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan pertama buat kali kedua.

Insa berjaya membuat penampilan pertama untuk Bangkok Glass minggu lepas, dan gandingan Insa bersama Matt Smith di bahagian pertahanan berjaya mambantu mereka seri 0-0 dengan Siam Navy untuk meraih mata pertama musim ini.

Namun, tugas yang menanti mereka malam ini cukup susah. Port FC bukan sahaja mempunyai rekod 100% selepas tiga perlawanan, malah mereka turut berjaya menumpaskan gergasi Thailand, Muangthong United dalam perlawanan kedua. Namun, Kiko Insa yakin bahawa Bangkok Glass mampu meraih tiga mata sekiranya mereka meneruskan momentum daripada perlawanan minggu lepas.

“Kami sedar bahawa Port FC akan tiba dengan momentum yang positif pada hari Ahad ini, manakala prestasi semasa kami pula agak mengecewakan. Tetapi, bolasepak ini ibarat hidup. Kita tak mungkin tahu apa yang akan berlaku esok atau hari Ahad ini.

“Hakikatnya adalah, ini merupakan peluang terbaik untuk kami membuktikan kekuatan Bangkok Glass di atas padang. Jika setiap pemain memberi yang terbaik, dan tampil dengan persembahan yang penuh bersemangat, saya yakin kami dapat menewaskan Port FC, dan sekaligus mencetus kebangkitan BGFC untuk musim ini,” kata Kiko Insa kepada Football Tribe.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan di antara Bangkok Glass dan Port FC, sila click pautan berikut:

SportsFix: Thai Premier League – Bangkok Glass vs Port FC (7.00PM MY)