Liga Super Malaysia

Rasmi: Azraai Khor sah kembali bersama skuad Negeri Sembilan

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Mohd Azraai Khor selaku ketua jurulatih baru pasukan berkenaan.

Perlantikan beliau diumumkan oleh Presiden PBNS yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan hari ini.

Azraai dibawa masuk bagi menggantikan tempat Jorg Peter Steinebrunner. Namun, nasib Jorg Peter Steinebrunner masih tidak dapat dipastikan.

Jurulatih yang berasal dari Kedah itu pernah mengendalikan Negeri Sembilan pada tahun 2011 dan bersama skuad jang, dia pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 2-1 dalam aksi final pada tahun 2011.

Kejayaan paling hebat Azraai Khor adalah apabila dia berjaya membawa Kedah menjulang ‘double treble’ Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia secara berturut pada tahun 2006/07 dan 2007/08.

Negeri Sembilan kini berada di tangga kedua terbawah selepas sekadar memungut tiga mata daripada empat perlawanan.