Malaysia

Kiko Insa buat penampilan pertama untuk Bangkok Glass

Selepas tiga perlawanan Liga Thailand, pemain kebangsaan, Kiko Insa akhirnya membuat penampilan pertama untuk Bangkok Glass dalam perlawanan menentang Siam Navy yang berkesudahan seri 0-0.

Kiko yang menyertai Bangkok Glass pada musim ini selepas beraksi dengan Pahang pada musim lalu, beraksi di bahagian pertahanan bersama seorang lagi pemain import, Matt Smith dan berjaya membantu Bangkok Glass memungut mata pertama buat pasukannya dalam saingan Liga Premier Thailand.

Photo credit: Facebook Bangkok Glass FC

Bangkok Glass mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol menerusi penyerang import mereka Toti dan juga Frederic Mendy.

Kelab yang berpengkalan di Bangkok itu kini berada di tangga ke-16 liga selepas sekadar memungut satu mata dari tiga perlawanan.