Luar Negara

Live Streaming Serie A: AS Roma vs AC Milan

AS Roma akan menerima kunjungan skuad AC Milan yang dikendalikan oleh Gennaro Gatusso dalam perlawanan Serie A yang dijangka akan menyajikan aksi-aksi yang cukup menarik.

Sejak Gattuso mengambil alih skuad Milan, mereka pada mulanya bergelut dengan prestasi sebelum berjaya bangkit semula di pentas Serie A dan juga di Europa League.

Skuad Rossoneri akan memasuki perlawanan ini dengan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir mereka, tetapi Gattuso berpendapat bahawa mereka masih perlu bekerja keras untuk meneruskan momentum ini.

“Kita perlu memastikan bahawa reputasi pasukan ini dipulihkan setelah sekian lama gagal menjadi gergasi Serie A,” kata Gattuso.

“Dalam dua atau tiga bulan lepas, kita berjaya mencipta pelbagai peluang di atas padang, namun gagal menyudahkan peluang-peluang itu. Kita perlu membaiki perkara tersebut.

“Untuk perlawanan menentang Roma, saya tidak risau tentang barisan pertahanan kami. Saya lebih risau dengan kebolehan kami di bahagian serangan. Saya mahu pemain saya menyerang mereka melalui bahagian sayap,” tambah Gattuso.

Roma kini berada di tempat ke-5 dengan 50 mata daripada 25 perlawanan, manakala Milan pula berada di kedudukan ke-7 dengan 41 mata daripada 25 perlawanan. Namun, jika Milan berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan ini, perbezaan mata di antara kedua-dua pasukan akan dikurangkan ke enam mata.

Untuk menyaksikan live streaming perlawanan ini, sila click pautan berikut:

SportsFix: AS Roma vs AC Milan