Luar Negara

SPAL lwn AC Milan: Previu, ramalan skor dan pautan Live Streaming khas untuk anda

Kebangkitan AC Milan bakal diteruskan minggu ini?

Skuad Gennaro Gattuso akan berkunjung ke Stadio Paolo Mazza untuk menentang SPAL dalam perlawanan yang mampu membantu Milan meneruskan momentum positif mereka. Lima perlawanan tanpa tewas – itu rekod yang sedang mengiringi mereka pada ketika ini dan Milan sudah tentu mahu meraih tiga mata penting malam ini.

Namun, pasukan pelawat dijangka turun beraksi tanpa kelibat Davide Calabria, yang menerima kad merah ketika Milan seri 1-1 bersama Udinese minggu lepas. Nikola Kalinic juga mungkin tidak akan beraksi akibat masalah kecederaan yang dialami ketika sesi latihan beberapa hari lepas. Namun, Ricardo Rodriguez dijangka akan diterapkan semula ke dalam kesebelasan pertama Milan untuk pertembungan ini.

Manakala bagi SPAL pula, mereka akan terpaksa bermain tanpa tonggak penting di bahagian serangan, Marco Boriello, yang pernah menyarung jersi Milan beberapa tahun lepas. Francesco Vicari juga akan terlepas dari beraksi selepas mengutip kad kuning kelimanya minggu lepas.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu, Milan berjaya meraih tiga mata dengan mudah. Momentum mereka pada awal musim ini cukup bagus, dan anak buah Vincenzo Montella – jurulatih Milan pada ketika itu – menumpaskan SPAL 2-0 untuk mendapatkan kemenangan keempat mereka daripada lima perlawanan pertama. Malangnya, prestasi Milan menurun secara drastik selepas itu, sebelum Montella dipecat dan Gattuso dibawa masuk untuk menggantikannya.

Sekiranya Milan berjaya memenangi perlawanan malam ini, harapan mereka untuk bermain di Eropah musim depan mungkin akan dihidupkan kembali. Skuad Gattusso hanya berada tiga mata di belakang Sampdoria, yang kini menghuni posisi Europa League terakhir di carta Serie A. Tetapi, perbezaan gol di antara kedua-dua pasukan masih ketara, jadi Milan tidak akan memotong kedudukan Sampdoria dalam masa 48 jam seterusnya.

RAMALAN KESEBELASAN PERTAMA

SPAL: Meret; Felipe, Cionek, Costa; Lazzari, Schiattarella, Viviani, Grassi; Floccari, Paloschi; Antenucci

AC Milan: Donnarumma; Rodriguez, Bonucci, Romagnoli, Abate; Bonaventura, Biglia, Kessie,; Calhanoglu, Suso, Cutrone

RAMALAN SKOR

SPAL 0-2 AC Milan

LIVE STREAMING

Untuk menyaksikan perlawanan ini secara “LIVE IN HD”, sila layari pautan berikut:
SportsFix: SPAL vs AC Milan