Liga Super Malaysia

Essien bakal tinggalkan Persib, tetapi kekal bermain di Indonesia

Selepas menjadi berita hangat di Indonesia pada musim lalu, bekas pemain Real Madrid mungkin akan sekali lagi menjadi berita hangat pada musim ini.

Selepas menjadi antara pemain terawal bergelar ‘marquee player’ di Liga 1 Indonesia pada musim lalu dengan menyertai Persib Bandung, Essien dikhabarkan akan berpindah ke kelab lain di Liga 1 Indonesia.

Bekas pemain Chelsea dan AC Milan itu dikhabarkan akan meninggalkan Persib dan menyertai Persipura Jayapura.

https://www.instagram.com/p/Be68PrCjgRs/?utm_source=ig_embed

Perpindahan ini diperkuat selepas ketua jurulatih Persib Bandung, Mario Gomez mengesahkan bahawa Essien tidak menyertai sesi latihan Persib dan dia tidak tahu di mana bekas pemain kebangsaan Ghana itu berada.

“Saya tidak mendapat apa-apa berita darinya, dia tidak menghadiri sesi latihan, tetapi saya tahu dia pergi ke London,” kata Mario Gomez seperti dilaporkan media Indonesia, Tribunnews.com. pada Sabtu lalu.

Namun begitu, masih belum ada sebarang pengesahan dari Persipura Jayapura mengenai berita perpindahan ini.