Serie A terus menyediakan saingat yang cukup sengit untuk para peminat!
Malam ini, Juventus akan menjadi hos kepada AS Roma dalam perlawanan terbesar Serie A untuk hujung minggu ini. Roma mempunyai peluang yang cukup cerah untuk menyamakan kedudukan mereka dengan Juve di carta liga manakala pasukan tuan rumah pula perlu meraih tiga mata untuk mengekalkan perbezaan mata di antara mereka dan pendahulu liga, Napoli. Berikut adalah tiga sebab untuk anda menyaksikan perlawanan malam ini
INTER MILAN TEWAS, NAPOLI MENANG
Memandangkan Inter Milan tewas 0-1 di tangan Sassuolo, ini merupakan peluang terbaik untuk Juventus membina jurang yang lebih besar dengan skuad Luciano Spaletti. Selain itu, kemenangan Napoli ke atas Sampdoria juga bermaksud Juventus sudah pasti mahu memenangi perlawanan ini dan terus meletakkan tekanan terhadap pasukan pendahulu Serie A itu.
GOL, GOL, GOL
Perlawanan ini sudah tentu menjanjikan gol, atas dua sebab. Pertama, Gonzalo Higuain dan Pablo Dybala menunjukkan prestasi yang prolifik musim ini. Kedua, Juventus telah berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam 23 daripada 24 pertemuan menentang Roma.
MATTEO DARMIAN
Kedua-dua kelab turut dikatakan berminat untuk membawa Matteo Darmian ke Serie A pada jendela perpindahan Januari nanti dan perlawanan malam ini mungkin akan membantu Darmian membuat keputusannya. Bek kanan Itali itu jarang sekali diturunkan oleh Manchester United pada musim ini dan tidak aneh bahawa Mourinho mahu melepaskannya secepat mungkin.
Jom saksikan perlawanan Serie A: Juventus vs AS Roma, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!