Berita baik buat penyokong Terengganu!
Ketua jurulatih, Irfan Bakti telah membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan Sang Penyu itu untuk musim 2018, selepas membantu mereka meraih slot Liga Super pada musim ini.
Berita ini disahkan oleh Arena Metro dan bekas jurulatih Selangor itu akan mula membuat persediaan untuk musim depan, selepas perlawanan terakhir Liga Perdana menentang PKNP FC pada hujung minggu ini.
“Ya, saya akan kekal semusim lagi hingga 2018 bersama Terengganu dalam misi membawa pasukan itu mencatat kejayaan lebih baik lagi musim depan,” ujar Irfan kepada Arena Metro.