Liga Super Malaysia

Platform AFF U19 sangat penting tetapi tidak perlu diletakkan pada keutamaan tertinggi

Secara keseluruhan Asean mempunyai platform terbaik untuk semua kelas umur bermula pada tahun 2000. Ia diseragamkan dengan sempurna. Walaupun platform pertandingan bawah 18/17, bawah 17/16 dan bawah 15 masih lagi lemah tetapi platform tersebut sangat baik.

http://gty.im/181611964

Selepas sukan sea diubah menjadi pertandingan bawah 23/22, platform ini melengkapi platform pertandingan AFF senior dan lain-lain. Pertandingan AFF senior dan Sukan Sea bawah 23/22 adalah platform yang sudah stabil dan kuat.

Rumusan Platform AFF B18/19

13 edisi sudah berlalu sejak 15 tahun lepas. Thailand dan Vietnam paling komited dengan platform ini. Terlibat sebanyak 92%. Malaysia (69%), Indonesia (69%), Singapura (62%). Peratusan terbabit sejajar dengan perkembangan liga b19 di negara masing-masing.

http://gty.im/455373326

Platform ini hanya sekali dari 13 edisi menampilkan kesemua 11 pasukan dari Asean. Secara keseluruhan hanya 51% komitmen yang diberikan sepanjang 15 tahun. 51% bermakna platform ini masih lemah.

Pada edisi 2016, ia adalah tahun yang dilihat paling banyak disertai oleh negara Asean tidak termasuk edisi pertama pada 2002. Platform ini kebiasaannya tidak mengalami masalah pada tahun ganjil kerana negara tidak ada banyak komitmen dengan pasukan tersebut.

7 negara luar perlu dijemput terutamanya pada tahun genap. Yang mana pada 4 edisi hanya ada 1-3 pasukan dari Asean mahu terlibat. Pasukan jemputan membentuk 8% penyertaan, Negara Asean meliputi 51% penyertaan.

Angka 59% tetap menunjukan platform ini masih lemah dan perlukan masa. Apa yang Malaysia mampu buat adalah kekal menghantar pasukan setiap tahun. Malaysia tidak mempunyai masalah kerana sudah mempunyai Liga bawah 19 di negara seperti Thailand dan Vietnam.

Pemain yang sudah bermain di Liga senior tidak perlu dipanggil lagi untuk platform ini. Pemain bawah 19 yang berada di Piala Presiden (bawah 21) mungkin boleh dipanggil. Pada akhirnya kita tahu platform AFF bawah 19/18 sangat penting untuk pembangunan dan pencarian bakat tertinggi dalam Piala Presiden dan Piala Belia tetapi bukan keutamaan kepada pemain bawah 19 tahun di Liga Super, Liga Perdana atau Liga FAM.

Syazwan Zainon, Fakri Shaarani, Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan Akram antara superstar Liga M adalah pemain yang pernah muncul dalam platform ini. Adisak Kraisorn, Sarach Yooyen, Evan Dimas, Putu Gede, Hansamu Yama, Safuwan Baharuddin, Nyuyen Van Quyet juga membesar dengan melalui platform ini.

Dimitri Petratos bekas si pemain import kelantan juga pernah berada di platform ini.

http://gty.im/587916258