Selepas mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia, Penganjur dan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee, keputusan mengenai venue perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 telah ditetapkan.
Dengan mempertimbangkan permintaan dari FAM dan Ong Kim Swee, venue perlawanan telah diubah dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam.
Harga tiket perlawanan akhir adalah RM21.20 termasuk GST dan tarikh penjualan tiket secara online dan kaunter akan diumumkan secara rasmi oleh pihak penganjur Sukan SEA2017.
Berita pengesahan ini adalah dari kemaskini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Setelah berbincang dengan @FAM_Malaysia & @OKS_HarimauMsia, final bola sepak Sukan SEA akan diadakan di Stadium Shah Alam.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2017
Sementara bagi perlawanan penentuan tempat ketiga pula akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayangpada jam 4:30 petang.