Sukan SEA Berita

Worrawoot Srimaka Tidak Faham Apa Masalah Pemain Tidak Beraksi Cemerlang

Jurulatih skuad U22 Thailand, Worrawoot Srimaka tidak mampu untuk memberikan komen panjang berkenaan prestasi buruk pasukannya selepas sekadar menang 1-0 keatas Timor Leste, Khamis lalu.

“Saya sangat tidak berpuashati langsung dengan  prestasi semasa pasukan”

“Kami bernasib baik berjaya mendapatkan 3 mata dalam perlawanan itu. Semua taktik kami tidak menjadi sepanjang perlawanan”

“Ramai pemain yang beraksi tanpa kemahuan untuk menang. Jangan tanya saya kenapa kerana saya pun tidak tahu”

Jurulatih berusia 45 tahun itu menuntut pemain-pemainnya mempamerkan aksi terbaik mereka jika mahu memenangi pingat emas dalam Sukan SEA ke 29 ini.

“Saya tidak faham. Semasa latihan semuanya cukup berkesan tetapi perkara sebaliknya berlaku dalam perlawnaan sebenar.”

“Pemain-pemain ini perlu melihat kembali bagaimana aksi pemain-pemain dahulu bermain untuk Thailand apabila berada diatas padang”

“Jika mereka berterusan bermain seperti sebelum ini, kami tidak akan layak ke separuh akhir.”

Thailand akan bertemu Kemboja dalam perlawanan ketiga kumpulan B hari ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang jam 8:45 malam.

 

Jadual perlawanan bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 – 20 Ogos 2017