Liga Super Malaysia

Memperkenalkan sistem sepakan penalti ABBA

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah memperkenalkan satu sistem sepakan penalti moden yang dikenali sebagai ABBA, mirip dengan sistem ‘tie-break’ dalam sukan tenis. Sistem ini telah diuji ketika Kejohanan Bolasepak Eropah bawah 17 tahun pada bulan Mac lalu.

Sistem ini menjadi bualan oleh seluruh peminat bolasepak dari seluruh dunia ketika menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris diantara pasukan Arsenal menentang Chelsea. Dalam perlawanan itu yang berakhir dengan keputusan seri 1-1, sistem ABBA telah diamalkan dalam penentuan sepakan penalti.

Perlawanan FA Community Shield lazimnya dilangsungkan tanpa masa tambahan, jadi sekiranya perlawanan berakhir dengan kedudukan seri selepas 90 minit, maka pemenang akan dicari menerusi sepakan penalti. Sistem sepakan penalti ABBA bermaksud pasukan A akan mengambil sepakan penalti kemudian diikuti dengan pasukan B, pasukan B dan pasukan A.

Namun pada musim ini, format ABBA akan digunakan dengan pasukan A akan mengambil sepakan penalti terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pasukan B. Selepas itu, pasukan B akan mengambil sepakan penalti dan diikuti dengan pasukan A. Secara mudahnya, sepakan penalti sebegini menggunakan format sistem tie-break dalam sukan tenis. Sistem ABBA ini akan digunakan dalam semua kejohanan di serata England bermula musim ini.

Urutannya akan menjadi seperti berikut : 

Sepakan pertama (Pasukan A & B)

Sepakan kedua (Pasukan B & A)

Sepakan ketiga (Pasukan A & B)

Sepakan keempat (Pasukan B & A)

Sepakan kelima (Pasukan A & B)

Sistem ini sebenarnya mampu memberi kelebihan kepada pasukan yang mengambil sepakan penalti yang pertama. Pasukan yang memulakan sepakan penalti mempunyai kelebihan dengan 60 peratus daripada keputusan penalti akan dimenangi oleh pasukan giliran pertama.

Menurut kesatuan bolasepak eropah, UEFA , “Hipotesis menyaksikan pemain yang mengambil sepakan penalti giliran kedua berada dalam tekanan yang lebih besar daripada pemain giliran pertama.”

“Jika pasukan giliran pertama berjaya menyempurnakan sepakan penalti, kemungkinan untuk pasukan giliran kedua untuk kalah amat tinggi jika gagal meyempurnakannya, terutama selepas sepakan yang keempat. Sistem ini akan berkembang dan berkemungkinan akan turut dipakai dalam kejohanan besar jika ia menerima maklum balas yang baik daripada semua pihak.”

Secara kasar, kita dapat melihat pola perubahan dalam peraturan bola sepak mungkin akan berterusan mengikut peredaran masa. Sebelum ini, beberapa perubahan sudah dilakukan, antaranya penggunaan teknologi dalam menentukan keputusan seperti teknologi garisan gol dan video bantuan pengadil (VAR).

Mari kita lihat video highlight sepakan penalti yang menggunakan sistem ABBA ketika perlawanan FA Community Shield.