Berita AFC U23 Championship

Debut Malaysia Dalam AFC U23 Championship 2018

Selepas pelbagai isu melanda persiapan untuk menyertai pusingan kelayakan AFC U23 Championship 2018, skuad U23 dibawah bimbingan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee berjaya muncul juara kumpulan H seterusnya melayakkan diri ke pusingan akhir di China.

Pasukan U23 negara yang beraksi lebih awal hari ini mencatat kemenangan 2-0 keatas Mongolia, hasil gol dari Thanabalan dan Syazwan Andik, kedua-duanya dalam separuh masa kedua.

Namun, Malaysia terpaksa menunggu keputusan perlawanan diantara Indonesia bertemu Thailand, yang berakhir dengan seri tanpa jaringan, untuk mengesahkan kedudukan selaku juara kumpulan H.

Mengikut format kelayakan kejohanan ini, juara setiap kumpulan ( ada 10 kumpulan ) akan layak secara automatik ke pusingan akhir , manakala baki 5 lagi tempat akan diisi oleh 5 naib juara kumpulan terbaik keseluruhan. Disebabkan China yang juga tuan rumah kejohanan ini serta penarikan diri Sri Lanka dalam kumpulan A, menyebabkan slot dan cara pengiraan sedikit berubah.

China muncul juara kumpulan J, dan menyebabkan penambahan 1 slot dari ranking naib juara terbaik keseluruhan.

Penampilan Pertama Malaysia

Malaysia akan muncul buat pertama kalinya dalam kejohanan ini selepas 2 kali gagal dalam pusingan kelayakan pada 2013 dan 2015 yang lalu.

Mengiringi Malaysia ke pusingan akhir itu nanti adalah pasukan Thailand dan Vietnam selaku salah satu pasukan dalam Top 6 naib juara kumpulan terbaik. Kedua-dua pasukan akan beraksi buat kali kedua selepas melakukan debut pada edisi 2016.

Untuk rekod, Myanmar adalah pasukan Asia Tenggara pertama membuat debut dalam kejohanan ini apabila layak beraksi dalam kejohanan edisi 2013. Pada ketika ini, Malaysia hanya mampu berbangga dengan Rozaimi Abdul Rahman, kerana berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak pusingan kelayakan dengan 10 gol dijaringkan.

 

Rumusan

Dengan layaknya pasukan U23 negara secara merit ke pusingan akhir kejohanan ini, adalah wajar untuk kita sebagai penyokong untuk memberikan kata-kata semangat dan motivasi yang padu kepada pemain-pemain kerana inilah peluang untuk mereka beraksi dipentas tertinggi Asia bagi kategori U23.

Sekalung tahniah untuk semua yang terlibat dan Hello Shanghai 2018!