Setiausaha agung FAM, Dato Haji Hamidin Haji Mohd Amin hari ini meminta peminat bolasepak tempatan bertenang ekoran kejatuhan kedudukan ranking negara yang diumumkan hari ini.
Menurut Hamidin, penurunan tangga kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA daripada 155 kepada 167 bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ianya berlaku setelah pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan menentang Lebanon pada perlawanan kelayakan Piala Asia dan kemudiannya tiada perlawanan persahabatan disebabkan liga M sedang berlangsung.
“Pada FIFA date bulan September nanti, kita akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi mendapatkan kembali mata. FAM juga akan mengkaji semula jadual perlawanan dan akan melantik ‘ranking konsultan’ sepertimana dipraktikkan di negara India,” jelasnya.
“Kita berada dalam sebuah sistem yang sudah ‘tidur’ lebih 30 tahun yang kurang memberikan sumbangan. Oleh itu, perubahan ranking pasukan kebangsaan dan infrasuktur akan mengambil masa. Kami telah melantik pengarah teknikal yang akan bertugas pada bulan September nanti bersama-sama ‘ranking konsultan’.”
“Tidak banyak perkara yang boleh diubah dalam masa hanya 100 hari. Walau bagaimanapun ranking futsal kita telah meningkat dari tangga 69 ke 64 dunia. Pemikiran biarlah realistik.”
Football Tribe Malaysia sebelum ini mencadangkan agar seorang ‘Data Analyst’ secara umum atau ‘Ranking Consultant’ secara lebih tepat dilantik oleh FAM.
Apa tugas ‘Ranking Consultant’?
Kebiasaannya, pihak persatuan bola sepak sesebuah negara akan ‘recce’ mereka ini apabila memerlukan bantuan ‘off-field’ bagi menaikkan FIFA Ranking. Kebanyakkan misi adalah untuk menempatkan pasukan negara masing-masing dikedudukan yang tinggi terutamanya menjelang kejohanan-kejohanan besar, supaya berada dalam pot undian yang terbaik. Logiknya, mereka tidak mahu bertembung dengan negara-negara yang kuat.
Mereka akan memberikan data serta justifikasi berkenaan lawan yang perlu dihadapi atau bila pasukan tidak perlu bermain sebarang perlawanan untuk ‘boost’ ranking. Ia akan berbeza mengikut keadaan ranking semasa dan prestasi pasukan yang berkenaan, tidak akan sama.
‘Ranking Consultant’ ini kebanyakkan bergerak secara ‘underground’ dan mereka mempunyai ‘contact’ dengan orang-orang tertinggi persatuan bola sepak pada kebiasaannya.
Apa yang India telah buat sebenarnya?
Berbalik kepada India, Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), memang mempunyai konsultan untuk mencapai ‘+31 boost’ ini.
Sebagai rekod, berdasarkan laman web FIFA, India tidak mengadakan sebarang perlawanan bagi pasukan kebangsaan sejak menang 4-1 keatas Puerto Rico pada 3 September 2016, sehingga perlawanan persahabatan bertemu Kemboja pada 23 Mac 2017, India menang 3-2.
‘Gap’ ini sengaja dibiarkan selepas mendapat konsultasi, supaya India tidak akan kehilangan mata dan ranking dan pada masa yang sama jumlah mata yang dibawa dalam pengiraan semasa membantu mereka untuk mendapatkan ‘boost’ ini. Perkara ini adalah satu ‘loophole’ dalam sistem FIFA Ranking tetapi mungkin ada yang kurang ‘terdedah’ kerana jahil untuk melihat data dan statistik mampu membantu pasukan.
Dalam kes pasukan India ini, mereka telah membuat pengiraan rapi apakah ada keperluan untuk mereka mengatur perlawanan atau tidak. Jika ya, dengan pasukan mana dan bilakah ‘timing’ yang tepat. Jika tidak, apa justifikasi dari perspektif ranking.
Dan berdasarkan ‘pengiraan’ itu, mereka mengenalpasti adalah tidak berbaloi untuk bermain sebarang perlawanan perlawanan kelas A kerana risiko ranking akan jatuh lebih tinggi.
Perkara ini dikenali dengan ‘adverse effects of older matches to be neutralised’ sebelum mengaturkan perlawanan seterusnya. Ini adalah faktor ‘off-field’ dari perspektif manipulasi sistem ranking.
Untuk maklumat lanjut, boleh baca sini, https://football-tribe.com/malaysia/2017/04/12/adverse-effects-jawapan-kepada-bagaimana-fifa-ranking-india-naik-mendadak/