Luar Negara

Rasmi: Charyl Chappuis Sertai Muangthong United Dari Suphanburi FC

Selepas beberapa kali tawaran ditolak oleh Suphanburi FC, akhirnya semalam kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk melepaskan  Charyl Chappuis ke Muangthong United.

Charyl Chappuis merupakan pemain merupakan pemain ke 5 yang diambil oleh Muangthong United ketika perpindahan musim panas ini selepas mendapatkan Leandro Assumcao, Thossawat Limwannasathian, Prakit Deeprom, dan Siroch Chatthong.

Dengan Chanathip Songkrasin yang akan berangkat ke Jepun untuk beraksi bersama Consadole Sapporo serta kecederaan serius Sarach Yooyen, Muangthong United dilihat mahu terus memperkuatkan pasukan untuk misi treble.

Pemain berusia 25 tahun yang dilahirkan di Switzerland ini menyertai Muangthong United dengan kontrak 4.5 tahun.

Charyl Chappuis  pernah menyertai Buriram United pada 2013 sebelum beraksi bersama Suphanburi pada musim 2015 merupakan anggota skuad juara Piala AFF Suzuki 2014 dan 2016. Beliau juga adalah anggota penting skuad Switzerland yang muncul juara FIFA Piala Dunia 2009.