Berita

Bekas Pencari Bakat Jeonbuk Hyundai Bunuh Diri Di Stadium Akibat Rasuah

Gantung diri dalam Stadium Jeonbuk Hyundai.

Bekas pencari bakat, juara AFC Champions League 2016, Jeonbuk Hyundai ditemui mati dalam keadaan menggantung dirinya di Jeonju World Cup Stadiium, semalam. Stadium itu juga merupakan ‘home’ kepada Jeonbuk Hyundai Motor FC yang terletak di utara wilayah Jeolla.

Cha Jong-bok, dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, September lalu oleh Mahkamah Daerah Busan selepas didapati bersalah memberi rasuah kepada 2 pengadil berjumlah 5 juta Won / RM19,000 pada tahun 2013.

Jeonbuk Hyundai pula telah dijatuhkan hukuman penolakan 9 mata dalam saingan K League Classic, serta denda 100 juta Won / RM377,400.  Selepas itu, Jeonbuk Hyundai juga telah tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League 2017 kerana isu rasuah ini.

Cha Jong-bok, telah bersama Jeonbuk Hyundai lebih dari 10 tahun sehingga beliau dibuang dari kelab berkata, beliau memberikan wang itu atas dasar peribadi dan tidak berniat untuk mempengaruhi keputusan perlawanan.