Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) petang semalam telah membuat keputusan Jeonbuk Hyundai Motors FC – Juara AFC Champions League 2016, hilang kelayakan untuk beraksi dalam AFC Champions League 2017 kerana penglibatan secara tidak langsung dalam aktiviti mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan K-League di antara musim 2013 dan 2014.
Penglibatan secara tidak langsung itu itu jelas tidak mematuhi Artikel 11.8 ‘Entry Manual’ untuk AFC Club Competition 2017-2020. Oleh yang demikian, Jeonbuk Hyundai Motors FC telah disabitkan kesalahan tidak mematuhi ‘sporting criteria’ untuk menyertai AFC Champions League 2017.
Wakil Korea Selatan Dalam AFC Champions League 2017
Pihak AFC selepas itu telah menetapkan Jeju United FC akan berada dikedudukan ketiga ‘direct slot’ ke peringkat kumpulan dan Ulsan Hyundai akan beraksi dalam peringkat Play-Off di AFC Champions League 2017 yang akan bermula minggu hadapan.
Jeju United akan menggantikan Jeonbuk Hyundai dalam kumpulan H AFC Champions League bersama-sama 2 lagi pasukan yang telah ditetapkan iaitu Jiangsu Suning (China) dan Adelaide United (Australia). Satu lagi pasukan akan ditentukan melalui Play-Off – Gamba Osaka/Bangkok United/ Johor Darul Ta’zim.