Liga Super Malaysia

Analisis Perlumbaan JDT Dan Felda United Dalam Misi Menjuarai Liga Super 2016

Menjelang pertembungan 2 pasukan teratas Liga Super Malaysia 2016, Felda United dan Johor Darul Ta’zim pada 24 Ogos nanti kami cuba membawa anda analisis ‘perlumbaan’ mengejar kejuaraan musim 2016 diantara kedua-dua pasukan ini sejak awal.

Musim 2016 adalah musim yang luar biasa kerana juara Liga Super bakal mencatat lebih dari 46 mata dan merupakan tahun ketiga dengan hanya 2 pasukan berentap selepas perlawanan ke 15. Sebuah liga yang kompetitif memerlukan lebih 3 pasukan untuk bersaing untuk bergelar juara.

14039912_1192279294127021_6790434491436320592_n

Dalam format liga 12 pasukan, juara 2013 hanya memerlukan 43 mata, juara 2014 mencatat 44 mata dan juara 2015 mengutip 46 mata bagi menjuarai Liga Super.

Tahniah untuk JDT, dan terima kasih juga untuk Felda United.

Pastinya persaingan Liga Super 2016 kurang menarik jika juara dapat ditentukan terlalu awal. Hanya pada musim 2013 sahaja melibatkan persaingan 3 pasukan iaitu Lions XI, Selangor dan JDT. Bagi musim  2014 pula  hanya melibatkan JDT dan Selangor, manakala musim 2015 hanya Pahang dan JDT yang  perlu menunggu hingga ke perlawanan terakhir.

Titik titik perubahan persaingan antara JDT dan Selangor berlaku dalam  6 perlawanan seperti dibawah

14064277_1192279237460360_8375921815625030064_n

1)Perlawanan Liga Super MD4

  • JDT menewaskan Felda United 2-1 bagi memintas kedudukan.

2) Perlawanan Liga Super MD7

  • Felda United kembali memintas JDT yang ‘digangu’ keputusan seri bertemu Kelantan di Kota Bharu.
  • Felda United menang 3-1 keatas Selangor.

3) Perlawanan Liga Super MD9

  • Pada perlawanan MD9, Felda United tewas 2-3 kepada Perak, manakala JDT seri bertemu Kedah di Alor Setar, seterusnya mengikat kutipan mata kedua-dua pasukan ini dengan 21 mata.
  • Sehingga perlawanan Liga Super MD11 kedua-dua pasukan kekal dengan kutipan mata yang sama – MD9 21 mata, MD10 24 mata dan MD11 27 mata.

4) Perlawanan Liga Super MD12

  • JDT berjaya membelasah Pahang 6-0 digelanggang lawan, namun Felda United kalah kepada Pulau Pinang 2-3.

5) Perlawanan Liga Super MD15

  • JDT dan Felda United hanya mampu mengutip 1 mata apabila seri bertemu lawan masing-masing
  • Pulau Pinang 1-1 JDT & Kelantan 1-1 Felda United

6) Perlawanan Liga Super MD16

  • Kali ketiga Felda United tercicir mata dan kali ini ketika bertemu Terengganu.
  • JDT pula berjaya mendapatkan 3 mata di Ipoh.

Tahap konsistensi pasukan kendalian Mario Gomez ini dapat diperhatikan dari perlawanan MD9 hingga MD15, dimana JDT menang 6 kali berturut-turut, manakala Felda United dibawah Irfan Bakti pula hanya mampu mencatat 4 kemenangan berturut-turut dari perlawanan MD4 hingga MD8.

14102187_1192279267460357_6755995881221101048_n

2 pasukan ‘pengacau’, Kelantan dan Pulau Pinang kepada JDT dan Felda United dalam ‘race’ memburu kejuaraan Liga Super 2016. Perlumbaan ini akan lebih menarik dan mendebarkan jika pada perlawanan Liga Super MD19 nanti, Felda United berjaya merapatkan jurang kepada perbezaan hanya 1 mata.

Dalam kita lebih memberikan fokus kepada pasukan mana yang akan menjadi juara Liga Super, jika sesebuah liga kompetitif diukur dari jumlah pasukan yang berada dalam ‘relegation zone’, Liga Super Malaysia mungkin jawapannya. Sekurang-kurangnya, separuh dari pasukan Liga Super sedang cuba mendapatkan mata maksimum dalam baki 4 perlawanan. Sebarang kegagalan untuk mengutip 3 mata bakal mengundang padah terperosok didasarkan liga.