Sejarah ringkas Great Eastern Yeo’s S. League
Liga Bola Sepak Singapura atau lebih tepat lagi dikenali dengan nama rasmi Great Eastern Yeo’s S. League dimulakan pada tahun 1996 dengan hanya 8 pasukan bertanding Geylang International dan Balestier United ( sekarang dikenali dengan Balestier Khalsa ), Police, Singapore Armed Forces, Tampines Rovers, Tiong Bahru United ( sekarang dikenali sebagai Tanjong Pagar United ), Wellington (sekarang dikenali sebagai Woodlands Wellington) and Sembawang Rangers.
Fakta Terkini Great Eastern Yeo’s S.League
9 pasukan bertanding dalam GEY S.League dimana 2 pasukan adalah pasukan jemputan.
- Albirex Niigata Singapore
- Brunei DPMM
- Tampines Rovers
- Geylang United FC
- Hougang United FC
- Warriors FC
- Balestier Khalsa FC
- Home United FC
- Garena Young Lions
Liga dibawah kendalian Persatuan Bola Sepak Singapura ini mempunyai 3 pertandingan domestik:
1) Great Eastern Yeo’s S.League
- Liga diadakan dengan format 3 pusingan
- Tiada ‘promotion’ dan ‘relegation’ kerana semua pasukan bertanding dijemput oleh FAS.
- Juara liga akan menerima slot kelayakan AFC Champions League
2) Singapore Cup / RHB Singapore Cup
- Dimulakan pada tahun 1998
- 12 pasukan terlibat dalam kejohanan ini terdiri dari 9 pasukan S.League dan 3 pasukan amatur.
- Kejohanan diadakan dalam 4 peringkat – Kelayakan 1, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.
- Juara Singapore Cup akan mendapat slot ke Piala AFC.
3) Singapore League Cup / The New Paper League Cup
- Hanya 8 pasukan terbaik S.League layak beraksi dalam kejohanan ini.
- Format: Dipecahkan kepada 2 kumpulan dimana 4 pasukan setiap kumpulan.
- 3 peringkat sahaja iaitu peringkat Kumpulan, Separuh Akhir dan Akhir
- Kejohanan ini menggunakan format kalah mati.
Kedudukan Great Eastern Yeo’s S.League jika diperhatikan, mereka berada di ranking ke 24 Asia, tempat ke 12 Asia Timur dan ke 5 terbaik di Asia Tenggara.
Jika ada pasukan menjuarai kesemua 3 pertandingan domestik, pasukan itu perlu menempuh maksima 35 perlawanan. Dan jika pasukan itu juga menjuarai pertandingan peringkat Asia, ini bermakna pasukan itu akan menempuhi 47 perlawanan.
Dan jika pasukan itu gagal dalam semua pertandingan peringkat domestik dan Asia, mereka hanya perlu mengharungi minima 25 perlawanan sepanjang musim.
Sejarah pertandingan di Singapura masih baru. Singapura terlalu lama menyertai jemputan FAM, jadi mereka masih tidak mempunyai platform yang kukuh dan mungkin juga kerana faktor geografi akan membuatkan pertandingan domestiknya tidak akan berkembang lebih luas lagi.
Untuk musim 2016 hanya ada satu kejutan dalam pertandingan domestik mereka, iaitu pasukan bukan Liga Ceres La-Salle sedang berada di separuh akhir kejohanan Singapore Cup, kejohanan ranking ke 2 selepas S.League.
Bagi liga pula seperti yang dijangka akan didominasi oleh Albirex Niigata Singapore, Tampines Rovers dan DPMM Brunei. Dan piala kelas ketiga iaitu Singapore League Cup telah dimenangi oleh Albirex Niigata Singapore selepas menewaskan DPMM Brunei.
Menariknya, jika Albirex Niigata atau DPMM Brunei berada ditempat teratas Liga dan juga menjuarai Singapore Cup, maka slot AFC Champions League dan AFC Cup akan diberikan kepada pasukan dikedudukan ke-3 dan ke-4 S.League, disebabkan oleh Albirex Niigata Singapore dan DPMM Brunei bukan bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).