Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 27 pemain yang akan menyertai kem latihan di Chiba, Jepun dari 10 Jun hingga 28 Jun ini.
Tiga daripada senarai 27 pemain yang telah ke kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 Jun hingga 5 Jun lepas telah digugurkan oleh pengendali dari Jerman itu. Antaranya ialah Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) dan digantikan tiga muka baharu iaitu; Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).
Skuad Bernhardt akan berlepas ke Jepun esok, 10.50 pagi dan dijadual bakal beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan seperti dibawah:
- Yokohama FC vs Malaysia U22 (13 Jun)
- Machida Zelvia FC vs Malaysia U22(20 Jun)
- Shonan Bellmare vs Malaysia U22 (22 Jun)
Senarai pemain yang akan menyertai perlawanan persahabatan ini adalah seperti dibawah:
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN/KELAB |
1 | MUHAMMAD HAZIQ NADZLI | 18 | PENJAGA GOL | PDRM |
2 | AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED | 20 | PENJAGA GOL | KELANTAN |
3 | AMIERUL HAKIMI AWANG | 21 | PENJAGA GOL | TERENGGANU |
4 | DINESH A/L RAJASINGAM | 18 | PERTAHANAN | FRENZ UNITED |
5 | MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL | 18 | PERTAHANAN | JDT II |
6 | DOMINIC TAN JUN JIN | 19 | PERTAHANAN | JDT II |
7 | MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM | 19 | PERTAHANAN | NEGERI SEMBILAN |
8 | MUHAMMAD ARIF FARHAN MD ISA | 20 | PERTAHANAN | KEDAH |
9 | SANJEF DINESH A/L R S BASKERAN | 20 | PERTAHANAN | DRB-HICOM FC |
10 | MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR | 20 | PERTAHANAN | T-TEAM |
11 | MOHAMAD FARIS SHAH MOHD ROSLI | 21 | PERTAHANAN | KELANTAN |
12 | MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA | 21 | PERTAHANAN | KUALA LUMPUR |
13 | MUHAMMAD ZULKHAIRY ZULKEPLY | 21 | PERTAHANAN | UITM FC |
14 | MOHD ADIB ZAINUDDIN | 21 | PERTAHANAN | UITM FC |
15 | MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM | 18 | TENGAH | PAHANG |
16 | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 18 | TENGAH | SELANGOR |
17 | MUHAMMAD SAFAWI RASID | 19 | TENGAH | T-TEAM |
18 | MUHAMMAD ZUASYRAF ZULKIEFLE | 20 | TENGAH | T-TEAM |
19 | MOHAMMAD FARHAN ROSLAN | 20 | TENGAH | KEDAH |
20 | MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK | 20 | TENGAH | JDT II |
21 | AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI | 21 | TENGAH | PERAK |
22 | NUR SHAMIE ISZUAN AMIN | 21 | TENGAH | SARAWAK |
23 | MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW | 19 | PENYERANG | PULAU PINANG |
24 | NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM | 19 | PENYERANG | PAHANG |
25 | THANABALAN A/L NADARAJAH | 21 | PENYERANG | NEGERI SEMBILAN |
26 | MUHAMAD ARIF MOHAMED ANWAR | 21 | PENYERANG | KUALA LUMPUR |
27 | MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD | 21 | PENYERANG | KEDAH |
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT
“Bagi saya, kem latihan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak dapat diturunkan pada kejohanan Nations Cup lalu untuk mempamerkan kualiti mereka dan juga bagi memperbaiki aspek kecergasan pasukan secara keseluruhan. Saya masih mencuba untuk mengatur perlawanan persahabatan keempat di sana.
“Adalah penting bagi kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lawan yang kuat dan berada di tahap yang lebih tinggi daripada pasukan Thailand sebagai contoh, supaya pemain dapat membiasakan diri apabila berdepan dengan pasukan-pasukan yang kuat di Sukan SEA tahun depan.
“Adam Nor Azlin masih mengalami kecederaan pangkal paha dan Muhamad Shahrul Hakim pula akan menjalani pembedahan di buku lalilnya. N Thanabalan dan Mohamad Arif Fadzilah digugurkan daripada skuad kejohanan Nations Cup kerana mereka cedera, jika tidak saya jangka mereka pasti akan berada dalam kesebelasan utama pasukan manakala Nik Muhammad Shariff Haseefy adalah pemain yang bermain di posisi yang sama untuk menggantikan Muhammad Firdaus Saiyadi.”