Apa Definisi Pemain Naturalisasi Dan Pemain Kacukan Yang Anda Perlu Tahu

Seorang penulis bebas yang juga seorang guru, Hairi Mohd, menerangkan apakah perbezaan diantara pemain berstatus naturalisasi dan pemain kacukan.

“Hasil daripada pembacaan komen-komen yang dibuat pada artikel Natxo Insa yang saya tulis, saya dapati masih banyak dalam kalangan kita keliru tentang pemain berstatus naturalisasi dan pemain kacukan (berdarah campuran tempatan dan asing).”

Dalam artikel ini, beliau menerangkan apakah maksud sebenar pemain naturalisasi dan pemain kacukan beserta contoh pemain bagi setiap kategori.

Pemain Naturalisasi
Pemain naturalisasi ialah pemain asing yang tinggal sekurang – kurangnya 5 tahun di negara tempat beliau bermain (hanya bermastautin dan tiada hubungan darah dengan negara tersebut).

Pemain berhak untuk menukar taraf kepada naturalisasi jika mendapat sokongan daripada federasi bola sepak negara tersebut dan kerajaan negara tersebut. Di Malaysia, belum ada pemain berstatus naturalisasi (khabar angin mengatakan Sumareh akan menjadi pemain naturalisasi pertama Malaysia).

Contoh pemain naturalisasi negara serantau ialah Cristian Gonzalés @ El Loco di Indonesia dan Aleksandar Duric di Singapura. Pemain asing yang hampir mencapai tahap naturalisasi sebelum ini ialah Paulo Rangel ( sebutan Haan-Gel) dan Vincent Bikana yang bermain di Malaysia sekitar tahun 2013 hingga 2016 namun mereka telah meninggalkan Malaysia sebelum mencapai usia 5 tahun tinggal di negara ini.

Forkey Doe bermain di Malaysia dari 2012 hingga 2017. Namun tiada sebarang tanda bahawa beliau mahu dinaturalisasikan.

 

Pemain Kacukan
Pemain kacukan ialah pemain-pemain yang ibu bapa atau keluarganya berasal dari Malaysia tetapi pemain tersebut dilahirkan di luar Malaysia dan ingin bermain mewakili negara kita.

ESPNFC

Pemain kacukan semakin mendapat tempat di kelab-kelab Malaysia. Contohnya ialah para pemain di JDT dan JDT II seperti Junior Eldstal, Darren Lok, Samuel Somerville, Nick Swirad, bekas pemain JDT II, Sabah dan kini Felda United Stuart Wark, Brendan Gan di Kelantan, Khair Jones di Melaka United, Mathew Davies di Pahang dan yang terbaharu ialah pasangan adik-beradik Insa di Pahang dan JDT.  

Manakala contoh pemain kacukan di negara serantau ialah Raphael Maitimo di Indonesia dan Charyl Chappuis di Thailand

 

Kesimpulan
Kita perlu tahu membezakan kedua-dua status pemain, dan tidak hanya meletakkan mereka dalam 1 kategori yang sama yang sudah biasa digunakan – pemain naturalisasi.

Hasil daripada pembacaan komen-komen yang dibuat pada artikel Natxo Insa yang saya tulis, saya dapati masih banyak dalam…

Dikirim oleh Hairi Mohd pada 7 Juni 2017