Malaysia Berita

Malaysia tewas 4-0 kepada New Zealand

Malaysia tewas 4-0 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan di Auckland.
Kesemua 4 gol dibolosi dalam separuh masa kedua selepas bertahan di separuh masa pertama.
New Zealand mendahului pada minit ke-53 menerusi Elijah Just.
Lapan minit kemudian, Matthew Garbett menjaringkan gol kedua pada minit ke-61.
Penyerang New Zealand, Chris Wood menambah gol pada minit ke-72.
New Zealand melengkapkan kemenangan dengan jaringan Logan Rogerson pada minit ke-90.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu India pada 19 November bulan depan.