Selangor terikat seri 1-1 dengan Muangthong United dalam saingan AFC Champions League 2 hari ini.
Kedua-dua gol dijaringkan di separuh masa kedua selepas separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Selangor mendahului seawal tiga minit dalam separuh masa kedua menerusi Ronnie Fernandez.
Namun, Muangthong menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian menerusi Purachet Thodsanit.
Kedudukan 1-1 sama itu kekal hingga tamat perlawanan.