Kuala Lumpur City FC dikenakan beberapa hukuman susulan hasil semakan First Instance Body mendapati dokumen yang diserahkan iaitu caruman LHDN, KWSP dan Perkeso mengandungi maklumat tidak tepat dan tidak benar.
Ini berdasarkan pengesahan daripada agensi-agensi tersebut apabila mereka tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini.
“Agensi-agensi kerajaan melalui e-mel kepada FIB di mana agensi-agensi berkenaan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang diserahkan oleh KL City FC kepada FIB sebelum ini,” kata FIB dalam kenyataan.
“Maklumat ini jelas bercanggah dengan dokumentasi yang telah diserahkan kepada FIB sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen kriteria kewangan pada 31 Ogos 2023 untuk lesen kebangsaan dan 31 Mac 2024 untuk lesen AFC.
“Oleh itu, pihak FIB berharap kesemua kelab Liga Super dapat mengambil iktibar daripada isu ini supaya tidak mengambil mudah berkaitan maklumat deklarasi yang diserahkan kepada FIB kerana badan bebas itu boleh melakukan semakan semula dan menarik Lesen Kebangsaan atau Lesen AFC sekiranya didapati bersalah dengan merujuk kepada Peraturan Pelesenan Kelab MFL.”
Senarai hukuman terhadap KL City
-Denda pemotongan 6 mata
-Denda RM 50,000
-Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025
-Tunggakan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan sebelum 30 September 2024.
-Tidak dibenarkan untuk memohon lesen AFC selama dua kitaran Pelesenan kelab MFL (kitaran 2024-2025 dan 2025-2026)
-Denda lesan AFC RM 50,000
-Lesen AFC yang diluluskan oleh FIB bagi musim AFC 2024-2025 dibatalkan