FAM dijangka mengumumkan E. Elavarasan sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, esok.
Ini selepas jurulatih dari Korea Selatan itu tiba di ibu negara baru-baru ini.
Sumber Harian Metro melaporkan, Elavarasan yang merupakan ketua jurulatih Sarawak United kini menjadi satu-satunya calon yang disenarai pendek oleh FAM.
Elavarasan dipilih kerana kecekapan komunikasinya sekali gus memudahkan Pan-gon mengendalikan skuad kebangsaan.
“Perkara utama adalah komunikasi,” kata sumber itu.
“Perkara itu penting supaya mudah untuk pembantu jurulatih itu menyampaikan perkara tertentu kepada pemain atau menerangkan situasi terkini kepada Pan-gon.
“Jika melihat situasi sekarang, Elavarasan paling layak dan namanya setakat ini disebut sebagai pembantu kepada Pan-gon.”
Pan-gon tiba di Malaysia minggu lalu bersama barisan kejurulatihannya iaitu jurulatih penjaga gol, Cho Jun Ho, jurulatih kecergasan, Dr Gokhan Kandemir dan penganalisis, Lim Jae-hun.
Penolong jurulatih, Pau Marti Vicente akan tiba dari Barcelona tidak lama lagi.