FIFA Peringkat Kelayakan Piala Dunia Berita

“Dia dari planet lain … siku dia di kepala!” – bekas pemain pasukan kebangsaan Brazil mengenai cara menghentikan Lionel Messi

Brazil dan Argentina akan kembali beraksi selepas final Copa America baru-baru ini yang menyaksikan Argentina itu muncul bermenang atas saingan tradisional Amerika Selatan mereka.

Menjelang pertarungan diantara Argentina dan Brazil di peringkat kelayakan Piala Dunia, bekas pemain tengah Brazil, Felipe Melo, bercakap dengan TyC Sports (via Marca) mengenai pelbagai topik, termasuk persaingan sengit di lapangan antara kedua-dua negara itu.

Ketika pertanyaan khusus diajukan oleh media Argentina mengenai bagaimana jimat Argentina Lionel Messi dapat dihentikan di lapangan, bekas pemain tengah itu berbicara mengenai masalah cabaran kotor yang dilaksanakan oleh pemain Venezuela pada penyerang Argentina terkemuka itu ketika perlawanan antara Argentina dan Venezuela dan berketawa dengan mencadangkan bahawa  menggunakan taktik kotor sekali lagi boleh membuang Messi dari permainannya.

“Untuk menghentikan Messi, saya harus siku kepalanya. Apa yang akan saya lakukan dengan Messi? Tidak ada apa yang boleh dibuat – dia berasal dari planet lain!” kata Melo sambil ketawa.

“Jangan putusnya [kepala Messi], tidak, pemain-pemain saperti itu tidak boleh cedera! Mereka berbuat dengan baik demi bola sepak.”

Brazil akan berusaha keras untuk menghentikan Messi hujung minggu ini bila dua pemain gladiator bola sepak Amerika Selatan ini bertemu pada perlawanan kedua pusingan terakhir perlawanan Kelayakan Piala Dunia, dengan harapan dapat menjamin kemenangan ini dan meneruskan larian tanpa kalah semasa pusingan kelayakan menentang pesaing CONMEBOL mereka.

Argentina, sebaliknya, tentu saja berharap dapat mengejar Brazil dalam kedudukan ketika Seleção berada di puncak klasemen.