CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa telah format kenaikan dan penyingkiran CIMB Liga Super kekal seperti biasa.
Ini meskipun terdapat bantahan daripada beberapa pasukan Liga Super yang meminta supaya tiada penyingkiran dibuat untuk musim ini.
“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari CIMB Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke CIMB Liga Super) kekal seperti biasa,” katanya.
Justeru, hanya Liga Premier tiada penyingkiran pada musim ini selepas Amateur Football League (AFL) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun lalu.
Ini bermakna Felda United dan PDRM akan beraksi di Liga Premier untuk musim 2021.
Jika pasukan Felda bertukar pengurusan dan akan beraksi dengan nama baharu sekalipun, mereka akan tetap beraksi di Liga Premier.
Dengan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menyertai Liga Super tahun depan, ini bermakna Liga Super akan terus menggunakan format 12 pasukan yang bertanding untuk musim depan.