Liga Super Malaysia Berita

Safawi perlukan masa? Ini pandangan CEO Portimonense

Safawi Rasid mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak Eropah, kata CEO Portimonense Robson Pontes.

Pemain berusia 23 tahun itu masih belum membuat penampilan dengan pasukan utama Portimonense dan hanya beraksi dengan skuad B-23 dalam saingan Liga Revelacao setakat ini.

Bagaimanapun, pemain pinjaman JDT dipercayai tidak akan menunggu terlalu lama untuk dipilih dalam skuad utama.

“Secara teknikal, Safawi seorang pemain yang bagus dan pintar di atas padang,” kata Pontes.

“Dia juga mempunyai penyudah yang baik, saya rasa hanya tunggu masa sahaja untuk dia sesuaikan diri dengan bola sepak Eropah.”

Pontes juga membayangkan bahawa Safawi akan menjadi seperti bekas pemain Portimonense, Shoya Nakajima yang kini beraksi dengan FC Porto.

“Safawi ada potensi besar untuk menjadi pemain seperti itu. Tetapi, segala-galanya terpulang kepada sepantas mana dia boleh biasakan diri dengan corak pemainan Eropah.”