Liga Super Malaysia

TRIBO, Maskot Rasmi Football Tribe!

Bersempena dengan pelancaran rasmi ‘network’ Football Tribe selepas 6 bulan beroperasi, pihak Football Tribe sukacitanya mengumumkan pengenalan maskot rasmi kami, TRIBO!

Tribo telah dicipta pada musim bunga 2017 oleh ‘designer’ Jepun yang dikenali dengan nama Riota. Beliau merupakan salah seorang yang sentiasa menyumbangkan illustrasi sukan terutama kepada kelab bola sepak dan juga beberapa penerbitan di Jepun.

No.14 pula dipilih kerana mengambil inspirasi dari lagenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff. Inspirasi dari beliau sentiasa akan segar dalam network kami baik dalam penulisan atau konten lain dalam laman web ini.

Selain itu, kami juga memperkenalkan ‘sticker’  khas untuk laman chat sosial LINE atau lebih dikenali dengan LINE Stamps kepada umum untuk digunakan!

Muat turun Tribo LINE Stamps hari ini melalui LINE Store!