Malaysia Berita

Adam Nadzmi Zamri: Sudah lama tunggu peluang beraksi untuk negara

Adam Nadzmi Zamri mengakui sudah tidak sabar untuk menyarung jersi Harimau Malaya, setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sebelum dapat beraksi untuk negara.

Ini selepas pemain yang beraksi di akademi BISP Cruzeiro yang berpusat di Phuket, Thailand itu tersenarai dalam kem latihan pusat skuad B-19 negara sebagai persiapan Kejohanan AFC B-19 yang akan berlangsung pada Oktober ini.

“Saya mengharungi pelbagai cabaran sebelum ini termasuk terlepas peluang sertai skuad kebangsaan tahun lepas akibat kecederaan tapi saya rasa lebih yakin dan lebih bersedia,” katanya kepada Harian Metro.

“Sejak balik ke kampung di Pulau Pinang pada bulan April akibat COVID-19, saya menjalani latihan ringan dan mengikut segala tunjuk ajar jurulatih bagi mengekalkan prestasi.

https://www.instagram.com/tv/B4mQlzDHgzN/?utm_source=ig_web_copy_link

“Sudah tentu perkara utama adalah memikat hati barisan kejurulatihan dengan mempamerkan aksi terbaik supaya terpilih dalam kesebelasan utama pasukan.”

Adam Nadzmi pernah menjadi kapten pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Pemain itu kemudian terpilih untuk mengikuti Program Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) dan mendapat biasiswa sukan bolasepak sebanyak RM120,000 setahun sekaligus memberi peluang kepada Adam untuk menyertai akademi BSP Cruzeiro.