Liga Super Malaysia Berita

Masa depan Liga Malaysia: Kuota import dikurangkan?

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan bahawa kuota pemain import akan dikurangkan pada masa akan datang.

Dalam sesi ‘Anda Tanya, Presiden Jawab’, Hamidin berkata cadangan itu akan dipertimbangkan selepas pasukan Liga Malaysia berdepan dengan masalah kewangan dan gagal menyelesaikan tunggakan gaji.

Malah, Hamidin juga menganggap masalah kewangan menjadi salah satu punca utama jumlah pasukan tidak boleh ditambah dalam satu-satu liga.

“Dengan kekangan kewangan yang impaknya kepada FAM dan MFL, saya bukan lagi nak lebihkan, mungkin saya nak kurangkan. Tapi setakat ini kita akan kekalkan dulu 12 pasukan di Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana.

“Untuk kita tambah pun tak mungkin buat ketika ini kerana kita pun nak menjaga kualiti pasukan yang banyak sangat terbabit dengan masalah kewangan.”