Penyerang Argentina, Mauro Icardi disifatkan sebagai antara tunjang utama buat Paris Saint Germain (PSG) pada musim ini. Pendahulu Ligue 1 Perancis itu semakin selesa di puncak liga dengan berkelebihan tujuh mata.
Icardi yang menyertai PSG dari pasukan Itali, Inter Milan secara pinjaman sehingga penghujung musim iaitu pada 30 Jun 2020 dengan pilihan pembelian buat PSG. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain ke-16 dari negara Argentina untuk menyarung jersi PSG.
Persembahan cemerlang yang dipamerkan Mauro Icardi setakat ini begitu membuka mata para pemerhati bola sepak di serata dunia. Untuk rekod, Icardi telah menjaringkan lapan gol dalam saingan liga domestik dan lima gol bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah.
A fine final road win as the end of 2019 nears👏 #ASSEPSG pic.twitter.com/84BewlWi6P
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 15, 2019
Rekod cemerlang ini berterusan pada malam tadi apabila Icardi menyumbangkan satu gol ketika membantu PSG menewaskan St. Etienne 4-0. Malah, Icardi mencatat nama sebagai penjaring dalam tiga daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan sebelum ini.
Jika Bayern Munich memiliki Robert Lewandowski, Leicester City mempunyai Jamie Vardy, maka PSG boleh berbangga dengan kehadiran penggempur dari Argentina ini. Barisan serangan yang dimiliki PSG ini dilihat mampu untuk memberikan sesuatu buat pasukan bagi musim ini.
Thomas Tuchel akan bertemu dengan bekas pasukan kendaliannya, Borussia Dortmund dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan. Namun begitu, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana barisan serangan PSG yang dikemudi pemain bintang seperti Mauro Icardi, Kylian Mbappe, Angel Di Maria, Neymar, dan Edinson Cavani berpotensi untuk menghadirkan ancaman kepada pasukan lawan.
⚽️🔥 #UCL@BVB is our opponent for the round of 16 in the @ChampionsLeague 🏆
🔴🔵 #ICICESTPARIS pic.twitter.com/plvugm7MUO
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 16, 2019