Pemain pertahanan Wolves, Max Kilman, bukanlah seorang yang mempunyai nama besar tetapi beliau mempunya satu cerita yang istimewa.
Dari futsal ke Liga Perdana.
Kilman adalah seorang pemain futsal profesional, beliau telah beberapa kali mewakili pasukan kebangsaan England.
Pemain muda berusia 22 tahun hanya membuat dua penampilan senior musim lalu tetapi dengan pasukan berbeza. Pertama untuk Maidenhead dan kedua adalah Wolves pada bulan Mei lalu menentang Fulham.
Sejak mendapat tempat pada aksi pra musim Liga Perdana Asia Trophy menentang Manchester City baru-baru ini, pemain pertahanan 22 tahun ini berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepada beliau, lapor Sky Sport.
Check out this unstoppable strike from young defender Max Kilman during training today!
— Wolves (@Wolves) March 5, 2019
Wolves bukan sahaja bersaing untuk memenangi trofi di England tetapi juga di pentas Eropah selepas menamatkan liga di tangga ketujuh musim lalu.
Untuk Kitman, ia adalah ujian terbesar apabila hadir sebagai status pemain futsal yang bersaing di peringkat tertinggi bola sepak, sesiapa sahaja boleh kecundang jika tidak berhati-hati.
Tetapi ianya berjaya diatasi oleh beliau apabila dilihat cepat menyesuaikan diri dalam keadaan dua permainan yang berbeza.
Perkara ini dijelaskan oleh jurulatih futsal pasukan England, Michael Skubala di mana, “Max tidak bermain futsal dalam suasana bola sepak [padang], tetapi bermain futsal dalam suasana futsal,
“Iaitu, dia telah lahir dari sistem bola sepak profesional dan berada dalam sistem futsal yang dilatih oleh jurulatih futsal.
“Perjalanannya agak unik di England.” Katanya.