Malaysia Berita

Malaysia B-19 satu kumpulan dengan Thailand, Kemboja

Malaysia berada di dalam ‘kumpulan maut’ apabila diundi dalam Kumpulan G bersama-sama Thailand, Kemboja (tuan rumah), Brunei dan Kepulauan Mariana Utara pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Kemboja, November ini.

Pusingan kelayakan yang akan berlangsung pada 2 hingga 10 November ini bakal memberi cabaran besar buat anak buah Bojan Hodak yang menyifatkan Thailand dan Kemboja adalah lawan sukar buat skuad negara.

“Pertemuan sukar adalah dengan Thailand dan tidak menolak kemungkinan Kemboja juga. Selain menggunakan padang tiruan, Kemboja juga telah menunjukkan peningkatan selepas bermain sebagai satu pasukan dalam liga negara itu, “ kata.

“Walaupun tidak seteruk menentang pasukan lain, sekurang-kurangnya semua pasukan dalam kumpulan adalah dari Asia Tenggara. Adalah baik kerana kami dapat bertemu beberapa pasukan itu pada Kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019, Ogos ini, “ katanya.

Tetapi bagi jurulatih daripada Croatia ini, beliau melihat daripada sudut positif dan sudah bersedia untuk merancangan pasukan bagi melangkah ke pusingan akhir nanti.

“Kami yakin boleh mengatasi mana-mana pasukan apabila berada pada tahap yang baik pada waktu yang diperlukan. Kini hanya perlu persediaan yang baik dan menggunakan Piala AFF sebagai persediaan terakhir,” katanya.