Paris Saint-Germain gagal memanfaatkan peluang untuk menjulang trofi Ligue 1 lebih awal apabila diikat 2-2 oleh Strasbourg di gelanggang sendiri, awal pagi tadi.
Anak buah Thomas Tuchel gagal melaksanakan tugas dengan baik apabila membazirkan begitu banyak peluang terhidang termasuk cubaan Eric Maxim Choupo-Moting yang hanya melalui garisan gol
Dengan pasukan di tangga kedua, Lille terikat 1-1 di Reims pada aksi lebih awal, PSG sepatutnya boleh mengesahkan gelaran liga buat kali keenam.
https://twitter.com/FootbalIStuff/status/1115030825131806720
PSG juga gagal menyamai rekod pada 2016 di mana mereka menjulan kejuaraan terpantas ketika dibawah kendalian Laurent Blanc.
Choupo-Moting seharusnya melaksanakan tugas dengan mudah namun gagal untuk meletakkan bola hantara Christopher Nkunku ke dalam gawang gol.
“Saya berfikir adakah saya ofsaid dan ia berlaku dengan amat pantas. Saya menyentuh bola itu, ia mengenai palang dan amat memalukan kerana bola itu sepatutnya masuk,” kata Choupo-Moting. “Saya minta maaf.”