Luar Negara Berita

Video – Insiden kad merah Diego Costa umpama ‘Akibat mulut, badan binasa’

Pengadil Sepanyol, Jesus Gil Manzano menjelaskan situasi di mana beliau menghantar Diego Costa pulang seawal minit ke-28 dalam perlawanan Atletico Madrid menentang Barcelona pada malam Sabtu lalu.

Costa telah dikenakan kad merah dalam perlawanan La Liga di Nou Camp, di mana ia juga menyaksikan Atletico Madrid kalah 2-0 hasil jaringan Luis Suarez dan Lionel Messi.

Walau bagaimanapun, seperti yang telah dilakukannya beberapa perlawanan sebelum ini, Costa terus diberikan kad merah setelah menyuarakan pendapat beliau – menyebabkan orang ramai berspekulasi apa yang sebenarnya dikatakan oleh penyerang itu.

Terkini, Manzano mendedahkan apa yang membawa kepada insiden kad merah tersebut melalui laporan pasca perlawanan yang telah dikeluarkan kepada media.

Ia berkata: “Pada minit ke-28 pemain (19) Da Silva Costa, Diego telah dikeluarkan di atas sebab berikut: Menjerit kepada saya dengan suara yang kuat dan menyuarakan kata-kata berikut: ‘I s*** on your w**** mother! I s*** on your w**** mother!’

(Photo by Xavier Bonilla/NurPhoto via Getty Images)

“Setelah dikeluarkan, di padang permainan, dia memegang saya di lengan dengan tujuan menghalang saya daripada memberi amaran kepada kedua-dua rakan sepasukannya iaitu 24 (Jose Gimenez) dan 2 (Diego Godin).”

Dan menurut laporan, Costa mungkin akan dikenakan hukuman tambahan, di mana beliau akan terlepas di antara empat atau lapan perlawanan akibat kad merah tersebut. Ini bermaksud Costa akan diketepikan sehingga penghujung musim ini.